PROJEK RAKAN DAKWAH (AFFILIATE) BUKU USTAZ LUQMAN MAKHTAR
Assalamualaikum wbt!
Terima kasih kerana sudi membantu menyebarluaskan manfaat buku-buku Ustaz Luqman Makhtar.
Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk berdaftar sebagai rakan dakwah (RD) buku Ustaz Luqman Makhtar.
=========================
1. Apa itu Rakan Dakwah Buku Ustaz Luqman Makhtar?
Anda menjadi ejen affiliate dalam mempromosi dan menjual buku-buku beliau. Ada lebih 300 judul buku agama yang INGIN dihasilkannya. Buku-buku beliau insya-Allah bernilai tinggi dari segi kandungan dan persembahan.
Maka beliau sangat perlukan kerjasama ini. Jika ramai yang sudi membantu menyampaikan bukunya, bolehlah beliau lebih fokus menulis lebih banyak buku.
=========================
2. Apa yang saya dapat sebagai Rakan Dakwah?
i. Pendapatan (Duit)
Menjadi affiliate salah satu cara menjana pendapatan dengan paling mudah. Boleh buat di mana-mana secara
'online' dan bila-bila masa. Tiada risiko kerugian kerana tidak perlu beli stok. Komisyen akan dibayar setiap 15 hari sekali, tanpa had minimum. Bonus akan ditawarkan dari semasa ke semasa.
ii. Ilmu
Mempromosikan buku agama bermakna anda berada sangat dekat dengan sumber ilmu. Ditambah pula anda mendapat semangat tambahan untuk membaca buku. Manfaatkanlah peluang ini.
Dalam pada itu Ustaz Luqman berhasrat mengendalikan 'Usrah Rakan Dakwah' eksklusif untuk rakan-rakan dakwah sahaja. Di situ medan kita saling berkongsi ilmu, pengalaman dan perasaan.
iii. Kawan-kawan soleh
Bersama rakan-rakan dakwah lain nanti, kita saling mengenali dan menumpang berkat dan manfaat. Boleh jadi ini pendapatan yang lebih besar!
=========================
3. Apa perlu saya lakukan jika berminat menjadi Rakan Dakwah (Affiliate)?
Mendaftar di sini. Lengkapkan butiran yang diminta.
=========================
SOALAN-SOALAN LAZIM LAIN
S : Apa itu Affiliate?
J : Affiliate adalah ejen jualan. Mereka menerima komisyen bagi setiap produk yang berjaya dijual hasil daripada aktiviti promosi yang mereka jalankan di pelbagai platform media sosial yang ada.
S : Siapakah yang boleh mendaftar menjadi Affiliate?
J : Warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas.
S : Bagaimana saya boleh menjana pendapatan sebagai Affiliate?
J : Anda promosikan produk kami, kami bayar komisyen setiap bulan.
S : Bagaimana pihak LIDI Media mengesan jualan hasil promosi saya?
J : Kami menggunakan sistem yang tersusun melalui sistem UpahMenulis.Onpay.my
yang mengurus sistem affiliate.
S : Berapakah hasil pendapatan yang boleh saya perolehi?
J : Tiada had. Banyak jualan maka banyak komisyen yang diterima.
S : Bilakah saya akan dibayar / menerima komisyen saya?
J : Komisyen dibayar pada setiap 5 dan 25 haribulan . (Setiap 15 hari)
S : Bagaimanakah pihak LIDI Media membayar komisyen tersebut?
J : Komisyen akan dibayar ke dalam akaun anda. Sila masukkan maklumat bank yang betul
semasa pendaftaran affiliate.
=======================================================================
AKUJANJI RAKAN DAKWAH (AFFILIATE)
Saya sebagai bakal ejen affiliate, telah BERSETUJU untuk mematuhi segala syarat dan terma program affiliate di laman web ini.
1. Saya faham bahawa sekiranya saya melanggar mana-mana terma dan syarat program affiliate ini, akaun saya boleh digantung ataupun dimansuhkan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notifikasi.
2. Saya berjanji akan melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM.
3. Saya berjanji tidak akan menggunakan sebarang bahan promosi yang boleh merosakkan nama perniagaan laman web ini.
4. Saya berjanji tidak akan menggunakan nama-nama organisasi, trademark, copyright, golongan professional dan apa jua bentuk nama yang dilindungi dalam aktiviti promosi saya.
5. Saya mengakui bahawa segala butiran yang saya daftarkan di atas adalah butiran yang tepat dan sah.
Dengan menghantar butiran pendaftaran ini, saya akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan laman web ini.