
TEMPAHAN AWAL
BARU TERBIT!
Madinah Takkan Rebah - sebuah novel.
____________________________________
Terima kasih atas doa, sangka baik dan sokongan saudara dan sahabat semua sejak awal saya mula menulis novel pertama ini. Kini alhamdulillah, Allah takdirkan juga novel ini siap juga.
Dahulu Nabi pernah menegur seorang sahabatnya, "Boleh jadi engkau dapat rezeki kerana dia!" (Riwayat al-Tirmizi).
Maka kemungkinan besar, saya pun hanya menumpang berkat doa, sangka baik dan sokongan orang lain di sebalik rezeki dapat menghasilkan karya terbaharu ini. Sekali lagi, terima kasih. Barakallahu fikum!
Jom baca buku sirah Nabi ini yang digarap dengan gaya novel namun kekal dengan prinsip ilmiah. Bismillah!
Boleh intai-intai lagi apa ada dalam buku di sini ya: Sampel buku-buku saya.
Oh ya, jika saudara berminat membaca buku-buku saya yang sebelum, ada tawaran khas saya berikan sempena dengan promosi buku baru terbit ini sahaja.
Terima kasih sekali lagi!